Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
- MELAKA
Negeri Melaka jugan dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada Tahun 2008, Melaka diisytiharkan loeh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Melaka terletak di panati barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Tempat-tempat menarik di Melaka:
Kuil Cheng Hoon Teng ialah kuil yang berdiri di tengah-tengah daerah Bukit China, kawasan ruko Cina tertua di Malaka. Kawasan ini merupakan tempat berlabuhnya armada China pertama yang membawa misi perdagangan serta eksodus masyarakat China dari daerah Fujian dan Guangdong ke Semenanjung Malaya.Bentukan luar bangunan merupakan terjemahan dari negeri kayangan yang diperlihatkan dengan banyaknya elemen negeri kayangan.
Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.
- Pulau Pinang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Kapten Francis Light-pengasas Pulau Pinang dan manamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales.
Jalan Macalister belatarbelakangkan bangunan Komtar dan Menara UMNO.
- Tanah Tinggi Genting
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan tempat peranginan terkenal di Malaysia.Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia didiri di situ.Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk
taman tema
padang golf
pusat beli-belah
Simulator
Terjun langit
dewan konsert
- Tanah Tinggi Cameron
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c.Cameron Highland terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman iklim hawa sederhana.
Ladang Teh BOH
Kea Farm
Kebun buah Strawberry
No comments:
Post a Comment