Monday 27 May 2013

ღ Kejayaan Malaysia dalam Bidang Buatan ღ

Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.


Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.
Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.


Sunday 26 May 2013

ღ Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pelancongan ღ

Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang  kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.

  • MELAKA
          Negeri Melaka jugan dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada Tahun 2008, Melaka diisytiharkan loeh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Melaka terletak di panati barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Tempat-tempat menarik di Melaka:



Puing Gereja St. Paul yang terletak dalam kota A' Fomosa, Melaka, dengan patung St. Francis Xavier dihadapannya.Gereja St.Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".
  



Kuil Cheng Hoon Teng ialah kuil yang berdiri di tengah-tengah daerah Bukit China, kawasan ruko Cina tertua di Malaka. Kawasan ini merupakan tempat berlabuhnya armada China pertama yang membawa misi perdagangan serta eksodus masyarakat China dari daerah Fujian dan Guangdong ke Semenanjung Malaya.Bentukan luar bangunan merupakan terjemahan dari negeri kayangan yang diperlihatkan dengan banyaknya elemen negeri kayangan.


Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
 
Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.





  •  Pulau Pinang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Kapten Francis Light-pengasas Pulau Pinang dan manamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales.

Jalan Macalister belatarbelakangkan bangunan Komtar dan Menara UMNO.

















  • Tanah Tinggi Genting
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T)  ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan tempat peranginan terkenal di Malaysia.Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia didiri di situ.Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk

taman tema













padang golf














pusat beli-belah












Simulator













Terjun langit














dewan konsert







  • Tanah Tinggi Cameron
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c.Cameron Highland terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman iklim hawa sederhana.

Ladang Teh BOH








Kea Farm










Kebun buah Strawberry














ღ Kejayaan Malaysia dalam Bidang Muzik ღ

Pusat Muzik Bertema Harmonika

Harmonika merupakan antara satu alat muzik yang paling popular. Pemain harmonika yang handal dapat memainkan melody yang cukup merdu. Secara umumnya, harmonika terbahagi kepada 4 jenis,iaitu 'diatonic', 'chromatic',chord',dan 'bass'. Alat muzik ini menjadi semakin popular apabila tubuhnya sebuah kumpulan yang sanggup mengumpul semua peminat harmonika , dan membuka peluang untuk mereka untuk belajar,mengajar,dan juga membuat persembahan.

  Freso Harmonica Ensemble merupakan sebuah kumpulan muzik yang berfocus dalam alat muzik ini di Malaysia. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Encik Soon Hock Chuan, dan 3 rakan-rakannya,Choong Seet Yee,Koh Keng Hong, dan Liew Chzen Khee.Mereka merupakan World Harmonica Double Champion pada tahun 2006. Mereka telah mencuba sedaya upaya untuk mengcungkit bakat peminat harmonika dan berjaya meningkatkan imej harmonika ke tahap yang lagi tinggi.

   Secara tidak langsung,Fresco juga menyumbang kepada kecermelangan Malaysia dalam bidang muzik. Pada tahun 2010, Fresco telah menghantar beberapa kumpulan pemain harmonika untuk menyertai Asia Pasifik Harmonica Festival (APHF) ke-8. APHF merupakan antara satu acara yang penting dalam bidang muzik.Acara ini akan diadakan dalam setiap dua tahun.

   Fresco telah berjaya mendapat johan dalam acara orchestra terbuka. Selain itu, kumpulan lain yang dihantar oleh Fresco juga dapat memenangi beberapa acara yang dianjurkan seperti:

1.Orchestra Open Category-Johan
2.Trio Youth Category-Johan
3.Trio Open Category-Johan
4.Ensemble Junior Category-tempat ketiga
5.Ensemble Open Category-johan dan tempat kedua


*Muzik yang dimainkan oleh Kumpulan Orchestra Fresco.


Selain itu ,Fresco juga sentiasa melibatkan diri dalam pembangunan sosial seperti pertandingan, khusus harmonika dan persembahan.Contohnya, Fresco akan membantu menganjurkan sebuah konsert harmonika pada 1 May 2011 di Taylor Lakeside Campus. Tujuan Fresco mengadakan konsert ini adalah untuk mengutip derma bagi Rumah Caring Kajang dan mengcuungkil bakat para pemain harmonika di samping meningkatkan prestasi mereka.

*ini merupakan muka depan CD yang dikeluarkan oleh Fresco


ღ Keunikan Makanan di Malaysia ღ

Kepelbagaian. Perkataan ini merupakan perkataan yang paling sesuai untuk kita memperbincang keunikan makanan di Malaysia. Kepelbagaian jenis makanan di Malaysia ini telah melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Banyak jenis makanan yang berasal dari pelbagai negara dan suku kaum dapat dicari di Malaysia. Kebanyakkan makanan ini telah dihidangkan di negara kita sebagai hidangan umum.

Sebagai contohnya,Nasi Lemak. Nasi Lemak merupakan antara makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakkan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya.Kadangkala daun pandan juga ditambah semasa nasi lemak dimasak bagi menambah lagi aromanya. Pada masa yang lalu, nasi lemak merupakan bekalan makanan yang mampu memberi tenaga yang lebih kepada pesawah-pesawah padi serta pengusaha kebun yang membanting keringat ini. Walaubagaimanapun, hidangan ini dapat dinikmati oleh sesiapa pun pada masa kini. Hidangan yang ringkas ini sering menjadi makanan pilihan warga kota kita yang sentiasa kesibukkan.

Selain itu, Sate juga merupakan satu lagi sajian yang umum tetapi enak di Malaysia. Secara khususnya, sate merupakan kepingan daging yang dicucuk pada lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sajian ini berasal dari para pedagang jawa yang menjual daging bakar pada abab 19. Oleh sebab kebanyakkan masyarakat tidak makan daging semata-mata , biasanya ketupat juga akan dihidangkan bersama sate. Kuah sate sentiasa disediakan dengan menyediakan kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba . Aroma kuah amat diberi perhatian dalam proses penyediaan kuah ini. Sate sebenarnya bukan menu makanan Melayu semata-mata, sajain ini turut merupakan hidangan popular di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sebaga contohnya, Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines telah menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang mereka.

 Seterusnya, 'Lo Hei'--melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di sekeliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaung 'Huat Ar' dengan lantang untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.Situasi ini adalah sangat gembira. Yee Sang sebenarnya merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou yang terdiri daripada potongan cebisan daging ikan mentah yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, beraneka sos, perasa,buah-buahan dan bijan. Yee Sang secara hafiah membawa maksud ikan mentah dan 'ikan' biasanya digabunugkan dengan huruf sebunyinya 'kelimpahan'. Oleh sebab itu, Yee Sang sering dianggap sebagai lambang kelimpahan, kemakmuran dan kekuatan. Yee Sang mula dihidangkan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang hanya disajikan selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula,dan restoran menyajikan hidangan ini sebaga pembuka selera entuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

ღ Kejayaan Malaysia dalam Bidang Sukan ღ

Datuk Lee Chong Wei 

Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.


Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.





Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.

Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.

Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.

Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan simbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.

ღ Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pembangunan Negara ღ

Menara Bekembar Petronas (KLCC)

Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya negara tidak ketinggalan. Menara ini direka oleh dua orang arkitek dari Argentina, César Pelli dan Djay Cerico dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada masa itu. Gelaran bangunan tertinggi di dunia bagi Menara Berkembar Petronas bertahan dari tahun 1998 hingga 2004, sebelum bangunan Taipei 101 di Taiwan siap dibina dan diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, menara berkembar ini masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan berjaya.

Bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 451.9 m dan keluasan sebanyak 395,000 meter per segi. Bangunan ini juga mempunyai 88 tingkat dan kos pembinaan kedua-dua menara menelan sebanyak RM1.6 bilion! Terdapat beberapa cirri-ciri dalam bangunan ini yang menjadi tarikan pengunjung dan antaranya ialah “Skybridge”, iaitu sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara dalam tingkat 41 dan 42. Selain menonjolkan nilai estetika menara berkembar ini, jambatan “Skybridge” ini juga berfungsi sebagai aspek keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dalam salah satu menara. Selain jambatan ini, taman KLCC yang terdapat di perkarangan bangunan ini (terletak berhampiran Suria KLCC) juga menjadi faktor tarikan pengunjung. Seluas 17 ekar, taman ini mempunyai panorama yang begitu indah walaupun terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau berjoging dan taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC juga memiliki pancut air dan pertunjukan cahaya yang menjadikan taman itu amat mempesonakan bagi mereka yang mengunjung taman itu pada waktu malam.

Sememangnya Menara Berkembar Petronas merupakan kejayaan Malaysia yang terbesar pada zaman modenisasi ini dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dalam bidang sains mahupun teknologi. Sekiranya kita mengambil iktibar daripada bangunan berkembar ini, kita mampu menghasilkan kejayaan yang lebih besar lagi, selagi kita percaya bahawa “Malaysia Boleh”.







Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

KLIA, seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, merupakan suatu bangunan yang menonjolkan kesenian yang unik dan menjadi teras kepada sektor pelancongan asing negara ini. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di Asia Tenggara dan menjadi lapangan terbang utama di Malaysia. Lapangan ini terletak di daerah Sepang, iaitu di Selangor dan berada 50 kilometer dari pusat Kuala Lumpur. KLIA menelan belanja sebanyak RM3.5 bilion untuk pembinaan.

Perancangan untuk pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan pada masa itu memutuskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, atau kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, tidak mampu menampung permintaan masa hadapan dalam bidang penerbangan dan pelancongan. Kini, KLIA berupaya menampung 35 juta penumpang dan 1.2 juta tan metrik kargo setahun! Pada tahun 2007, KLIA dipangkatkan sebagai lapangan terbang ke-7 paling sibuk di Asia dan seramai 26,938,970 orang penumpang menggunakan KLIA pada tahun itu.

Terdapat beberapa kemudahan dan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan antaranya ialah Terminal 1, iaitu terminal utama KLIA. Terminal ini terletak di antara dua “runway” lapangan tersebut. Terminal itu mempunyai keluasan sebanyak 336,000 meter per segi dan sebanyak 216 kaunter pendaftaran boleh dijumpai di terminal tersebut. Dengan adanya kaunter-kaunter tersebut, operasi pendaftaran penumpang dan pembelian tiket penerbangan dapat berjalan dengan lancar. Selain Terminal 1, terminal “Satellite” A menjadi tumpuan di KLIA kerana di terminal tersebut, terdapat banyak kedai bebas cukai yang menjual barangan berjenama antarabangsa. Penumpang perlu menaiki “aerotrain” untuk ke terminal ini dan pelbagai kemudahan disediakan dalam terminal “Satellite” seperti surau, tempat mandi, dan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma. Malah, terdapat hutan hujan mini di tengah-tengah terminal tersebut untuk mempamerkan keindahan alam semulajadi di Malaysia.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai dan menghayati kebanggaan Malaysia ini, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kejayaan dalam pembinaan struktur unik ini tidak mungkin tercapai tanpa usaha yang gigih serta pandangan yang berwawasan ke arah masa hadapan.

Malaysia Airlines (MAS)

Syarikat Malaysia Airlines, atau lebih dikenali sebagai MAS, merupakan syarikat penerbangan tunggal yang dimiliki kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah membawa nama Malaysia ke seluruh pelosok dunia melalui industri penerbangan antarabangsa dan kini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines merupakan antara syarikat yang paling berjaya dalam arena penerbangan domestik dan antarabangsa di Asia Tenggara. Malaysia Airlines mengendalikan setiap penerbangan dari pusatnya, iaitu KLIA, dan pusat sekundernya di Kota Kinabalu.


Malaysia Airlines menyediakan pelbagai kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya dan antaranya ialah kaunter CUSS yang membantu para pelanggan mendaftar untuk penerbangan dari 2 hingga 48 jam sebelum kapal terbang berangkat. Selain itu, MAS turut menyediakan “Golden Lounge” di lapangan-lapangan terbang tertentu. “Golden Lounge” ini memberi perkhidmatan seperti pusat perniagaan, makanan, bilik rehat, dan pusat menjaga kanak-kanak. Kabin-kabin dalam kapal terbang milik syarikat MAS juga terbahagi kepada kelas-kelas tertentu. Kabin Kelas Pertama versi terbaru diperkenalkan pada tahun 2005 dan hanya terdapat dalam kapal terbang Boeing 747-400. Hanya 12 tempat disediakan untuk kelas tersebut. Kelas “Golden Club” pula diperkenalkan pada tahun 2005 dan perkhidmatan hiburan dalam bentuk filem-filem, berita, dan dokumentari disediakan melalui peralatan-peralatan seperti “Portable Media Player (PMP)” untuk penerbangan yang melebihi 3 jam. Dalam kabin kelas Ekonomi pula, sebuah TV ditempatkan dalam setiap kerusi dan skrin LCD juga menayangkan filem-filem untuk tontonan umum.

Pendek kata, syarikat Malaysia Airlines telah banyak mengalami perubahan sejak penubuhannya pada tahun 1937 dan telah berevolusi dari syarikat penerbangan yang kecil-kecilan sehingga menjadi ikon industri penerbangan di Malaysia dan juga negara serantaunya. Malaysia Airlines merupakan salah satu kejayaan Malaysia dan legasinya serta sejarah di sebalik syarikat penerbangan yang dikenali seluruh dunia harus disemadikan dalam jiwa kita semua. Oleh itu, kita juga haruslah mengambil iktibar daripada syarikat yang berjaya ini supaya kita semua boleh menyumbang kepada negara kelak.